![]() |
berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran."
|
Tuesday, 13 November 2012
Tanda-tanda penyakit
hati:
1. Tidak minat belajar
2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang
bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas beribadat
4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam
diri walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
6. Tidak suka kepada kebajikan
Cara
merawat hati:
1. Banyakkan berbuat ibadat
2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan Qiamullail
4. Banyakkan berpuasa
5. Mancari sumber
rezeki yang halal
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah
mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah
membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah
mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui
seruannya.
4.Kamu
menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan
dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan
membawamu ke Syurga.
6.Kamu
mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu
kepadanya.
7.Kamu
mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk
meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu
sendiri.
9.Kamu telah
makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah
menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.
Thursday, 18 October 2012
Sabda
Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia
tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di
hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita
beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih
dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah
kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda
Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan
Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.'
Istighfar
juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.
Sedekah
tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-
1.
Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga
sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW
yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga
sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di
kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali
selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim
salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan
jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
tuturkatanya".
2.
Memberi salam
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya
kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun
sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi; Nak
buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.
Thursday, 27 September 2012
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
5 perkara yang patut disebut-sebut
selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup
ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang
kelima-lima perkara ini iaitu:
1.
Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.
2.
Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3.
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal
kehidupan.
4.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5.
Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.
Tugasan 3 Teknologi
Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3
pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran &
Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan
pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar boleh menggunakan platform
Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran
utama yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog
diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan
sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam
kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi
komen pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan
pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana
format yang sesuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
