ICT (Information
Communication Technology) adalah system yang
membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam
pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan
aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan
penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di
samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan
peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT
sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran
seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran
Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan
perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian
CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan
penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan
sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan
sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang
bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

No comments:
Post a Comment