Sabda
Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia
tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di
hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita
beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih
dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah
kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda
Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan
Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.'
Istighfar
juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.
Sedekah
tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-
1.
Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga
sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW
yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga
sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di
kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali
selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim
salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan
jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
tuturkatanya".
2.
Memberi salam
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya
kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun
sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi; Nak
buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.