RPH

Rancangan Pengajaran Harian
1.2.1   Rancangan Pengajaran Harian 1


Tarikh/ Hari                             : 23 April 2012 (Isnin)                               
Masa                                       : 10.45-11.15 pagi                                                
Kelas                                       : 5 Cerdik                                                     
Bil. Pelajar                               : 27 orang                                                                        
Mata Pelajaran                        : Ulum Syariah Ibadah                                                                                
Tajuk                                       : Konsep Azan dan Iqamah               
Objektif                                   : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
                                                1. Menyatakan ta’rif azan dan iqamah serta hukumnya.
                                                2. Menunjukcara lafaz azan dan iqamah termasuk azan Subuh.
                                                3. Menjawab lafaz azan termasuk azan Subuh dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid telah boleh menyebut lafaz azan.
Bahan                                      : Buku teks, MS Power Point, lembaran kerja
Nilai                                         : Menepati masa, sentiasa menghomati dan menghayati seruan
                                                  azan.
Kemahiran                              : Kritis membanding beza lafaz azan dan iqamah.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)









Langkah 1
(7 minit)









1. Pengertian azan dan iqamah.
2. Hukum melaungkan azan dan iqamah


1. Memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.
2. Guru menayangkan gambar muazzin melaungkan azan melalui LCD.
3. Guru bersoal jawab berdasarkan gambar dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

1.Guru membaca teks ceramah dengan intonasi yang betul dan meminta murid mengikut bacaan guru.
2.Guru memberi penerangan mengenai isi penting berdasarkan teks ceramah.
3. Guru merumuskan penerangan yang dibuat  dengan mempamerkan lafaz azan dan jawapannya.


1. Menjawab salam guru dan membaca doa beramai-ramai.
2. Memerhati gambar yang ditayangkan serta membuat ulasan.
3. Menjawab pertanyaan guru mengenai gambar.


1. Murid mengikut guru membaca teks ceramah dengan intonasi yang betul dalam buku teks.
2. Murid mendengar penerangan daripada guru.


KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Menghormati dan menghayati seruan azan.

ILMU:
Matematik


KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Menepati waktu

ILMU:
Matematik

BBM:
Buku teks



Langkah 2
(10 minit)















1. Lafaz azan:   
      
  2. Hukum menjawab azan dan iqamah.

1. Guru memperdengar
kan lafaz azan dan iqamah melalui tayangan LCD MS power point.
2. Guru menyatakan hukum menjawab azan dan iqamah.
3. Guru membimbing murid melakukan azan dan iqamah.
4. Guru melengkapkan tunjuk cara yang dilakukan oleh murid.

1. Murid melihat dan mendengar laungan azan yang dipancarkan melalui LCD.
2. Murid mendengar penerangan hukum yang diberi oleh guru.
3. Murid melakukan azan dan iqamah di bawah bimbingan guru.



KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Mengharapkan keredhaan Allah

BBM:
Komputer,LCD

Langkah 3
(7 minit)


1. Lafaz jawab azan:
الله أكبر الله اكبر        
الله اكبر الله اكبر        
اشهد أن لآاله الا الله    
اشهد أن محمد رسول الله
لاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم         
الله اكبر الله اكبر        
          لااله الا الله          

1. Guru menunjukkan tayangan MS power point lafaz azan dan iqamah serta jawab azan dan iqamah.
2.  Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.
3. Guru meminta kumpulan pertama melaungkan azan manakala kumpulan kedua diminta menjawabnya.
4. Guru membimbing murid melakukan aktiviti melafazkan iqamah dan menjawab iqamah.

1. Murid memerhati lafaz dan jawab azan serta iqamah melalui tayangan MS power point yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid melaung dan menjawab  azan mengikut kumpulan yang diberi oleh guru.
3. Murid melakukan iqamah dan menjawabnya secara berkumpulan.

KBKK:
Membanding beza

NILAI:
Patuh

ILMU:
Sivik

BBM:
Komputer, LCD

Penutup
(3 minit)

Rumusan tajuk.
.
1. Guru membuat rumusan mengenai tajuk.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menyiapkannya di rumah.

1. Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.
KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Bertakwa

BBM:
Lembaran kerja


Refleksi :

3 comments:

  1. Tahniah.Rancangan pengajaran yang baik dan boleh menjadi rujukan rakan-rakan guru.

    ReplyDelete
  2. terima kasih , menarik dan boleh dibuat contoh

    ReplyDelete