LAIN-LAIN

BBM MS POWER POINT 'ADAB BERJIRAN'
BBM Pengajaran Makro Jawi

Aku Sebuah Basikal

            Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
            Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamekan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
            Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
            Nasib kami sungguh malang. Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk.  Aku dijual di situ.
            Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang di Malaysia.

6 comments:

  1. Bahan p&p sewaktu mengajar Bahasa Melayu tahun 3M selama 3 bulan. Seronok jugak.............

    ReplyDelete
  2. Tahniah k.Maziah...Ustazah serba boleh...Blog pun menarik, lengkap dan boleh dijadikan contoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shun. Blog depa elok lagi..............

      Delete
  3. Ya la,blog k Maziah sangat cantik dan menarik.Tahniah K.Maziah kerana dapat menghasilkan blog yang menarik dan bermanfaat kepada pengunjung semua.Teruskan usaha untuk memperbanyakkan bahan agar boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Alawiyah. Tara ni ja la yang dapat kak Maziah buat bodo-bodo. Nak buat canggih-canggih macam orang lain tak pandai..............

    ReplyDelete