NOTA

ADAB MENZIARAHI JIRAN

PENGERTIAN MENZIARAHI JIRAN

Mengunjungi orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kediaman kita.

ADAB SEBELUM BERZIARAH

·         Memilih masa yang sesuai
·         Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan
·         Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

ADAB SEMASA BERZIARAH

·         Memberi salam dan bersalaman
·         Meminta izin untuk masuk
·         Memendekkan tempoh ziarah
·         Mengawal pandangan
·         Merendahkan suara dan bersopan ketika bercakap
·         Meminta izin jika ingin menggunakan kemudahan milik tuan rumah

ADAB SELEPAS BERZIARAH

·         Meminta izin apabila hendak beredar
·         Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar


Adab Menziarahi Jiran

Jiran tetangga ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita hingga 40 buah rumah. Kita perlu menjalinkan hubungan baik dan berkerjasama dengan mereka kerana dari situlah akan lahir kehidupan yang sejahtera dan aman tenteram seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Kita disuruh menziarahi jiran tetangga jika ada kelapangan. Antara adab-adab menziarahi jiran:

  1. Hendaklah pada masa yang sesuai
  2. Memberi salam
  3. Mengetuk pintu terlebih dahulu. 
  4. Kita juga tidak digalakkan berada terlalu lama dirumah jiran 
  5. Hendaklah menjaga rahsia jiran kita.

7 comments:

  1. Tahniah. Nota ini dapat dikongsi bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga dapat dijadikan panduan bersama.

      Delete
  2. Blog yang sangat menarik..Syabas, berjaya juga akhirnya membina blog. Banyak ilmu di sini..

    ReplyDelete
  3. Tahniah,blog cantik dan ceria sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran, Salmah.Luaran menggambarkan dalaman yang sedang ceria kerana semua assignment dah habis.

      Delete