Monday, 10 December 2012

  ICT Dalam Pendidikan
ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1.    meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2.    memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3.    memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4.    meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5.    menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6.    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga   pengajar, dan personel KPM;
7.    meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8.    meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9.    meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10.   meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Sila baca untuk periksa.
Perisian
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perisian komputer terdiri daripada program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan atau parameter "setting" yang membolehkan perisian tersebut beroperasi supaya komputer dapat melakukan sesuatu tugas yang diarahkan pengguna atau ditentukan oleh pembangun perisian tersebut.
[sunting]Jenis
Perisian boleh dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, Perisian untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan.
·         Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh "Operating system", Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan.
·         Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan .
·         Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
·         Perisian Penyelenggaran dan Keselamatan atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatanmembantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan penyelenggaraan dan keselamatan.
[sunting]Pembangunan
Rencana utama: Pengaturcaraan komputer
[sunting]Lihat Juga
·        Perisian bebas - perisian percuma, perisian sumber terbuka
·        Program komputer - satu daripada unit kecil dari perisian seperti "simpan (save)", calculate (kira-kira), padam fail (delete) dan lain-lain.
·        Perisian pengendalian
Rencana utama: Sistem pengendalian
·         Perisian pengaturcaraan
·         Perisian pengaturcaraan
·         Pengkompil
·         Pentafsir
·         Pemproses kata
·         Perisian aplikasi
·         Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
·         Perisian Pangkalan Data (Database)
·         Perisian Persembahan (Presentation Software)
·         Perisian Lukisan (Drawing)
·         Perisian Perakaunan (Accounting)
·         Perisian Multimedia
·         Perisian Internet
·         Perisian Tugas Khas (Special Purpose Software)
·         Perisian aplikasi penyelenggaraan dan Keselamatan
·         Perisian Utiliti (Utility)
·         Perisian Anti-Virus
·         perisian yang dibangunkan untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan oleh juruteknik dari India seperti http://www.hiren.info/pages/bootcd
[sunting]Pautan Luar
·         IEEE software
·         IBM software-Laman Utama

Thursday, 29 November 2012

Renungan Bersama

MOTIVASI DIRI
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. 

Saturday, 17 November 2012




"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam 


kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan



berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran."



Tuesday, 13 November 2012


Tanda-tanda penyakit hati:
      1.  Tidak minat belajar
      2.  Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di  dunia
      3.  Malas beribadat
      4.  Gemar/seronok untuk buat maksiat
      5.  Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
            "Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri  walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
      6.  Tidak suka kepada kebajikan
      Cara merawat hati:
      1.  Banyakkan berbuat ibadat
      2.  Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
            “Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
              ---Surah Al-Kahfi 28---
      3.  Melakukan Qiamullail
      4.  Banyakkan berpuasa
5.  Mancari sumber rezeki yang halal



Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.