Thursday, 29 November 2012
MOTIVASI DIRI
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Tuesday, 13 November 2012
Tanda-tanda penyakit
hati:
1. Tidak minat belajar
2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang
bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas beribadat
4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam
diri walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
6. Tidak suka kepada kebajikan
Cara
merawat hati:
1. Banyakkan berbuat ibadat
2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan Qiamullail
4. Banyakkan berpuasa
5. Mancari sumber
rezeki yang halal
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1.Kamu telah
mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah
membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah
mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui
seruannya.
4.Kamu
menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan
dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan
membawamu ke Syurga.
6.Kamu
mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu
kepadanya.
7.Kamu
mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk
meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu
sendiri.
9.Kamu telah
makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah
menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)